Pengenalan Kepada Kelas dalam Talian - Google Classroom

15 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 14 June 2020, Pusat Internet PPR Batu Gong mengambil kesempatan berikutan penularan wabak COVID-19 dengan berkongsi platform yang disediakan oleh Google iaitu kelas dalam talian – Google Classroom. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti tentang kebolehgunaan platform ini. Seramai dua (2) orang pelajar kolej tempatan telah mengikuti kelas ini. Kelas dimulai dengan penyelia menyediakan platform classroom untuk mereka sertai.

Seterusnya, peserta dikongsi cara untuk menyertai kelas dengan hanya menggunakan telefon bimbit sahaja. Seterusnya, peserta diterangkan dengan cara penggunaan butang stream, classwork dan people. Penyelia menyediakan satu bahan perbincangan untuk dibincangkan dan peserta boleh memberikan komen berkaitan bahan tersebut di paparan stream. Selain itu, peserta juga dikongsi dengan kegunaan butang classwork. Classwork berfungsi sebagai media arahan kepada peserta untuk berkongsi sesuatu tugasan atau latihan dengan penyelia.Manakala pada butang people adalah untuk penyelia melihat jumlah penyertaan peserta dalam classroom itu sendiri. Akhir sekali, peserta diajak untuk menjawab satu kuiz klik dengan bijak secara dalam talian menggunakan aplikasi google form.

Berikut merupakan kebaikan menghadiri aktiviti/latihan:
• Peserta dapat meningkatkan pengetahuan berkaitan pembelajaran dalam talian
• Memudahkan peserta di sepanjang pengajian khusunya semasa membuat kajian tahun akhir yang memerlukan mereka untuk membuat kajian dengan respondan menggunakan google form.
• Peserta boleh belajar, berinteraksi dan bekerjasama dengan rakan-rakan sekolej tanpa perlu bersemuka.
• Peserta sentiasa peka dengan etika, hak dan tanggungjawab mereka semasa menggunakan internet


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali